Tuesday, September 13, 2011

Perubahan..

         Perlukah adanya perubahan dalam hidup?? itulah yang sentiasa menjadi tanda tanya bagi semua.. Adakah sama perubahan dengan hijrah? Cuba kita berfikir sejenak dan mengimbau kisah yang lalu, hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah bersama para sahabat daripada Mekah ke Madinah. Siapa yang memberi peringatan supaya Rasulullah dan para sahabat untuk melakukan hijrah. Allah SWT memerintahkan Rasulullah supaya berhijrah, orang2 kafir mendefinisikan hijrah Rasulullah sebagai melarikan diri kerana takut terhadap serangan daripadanya. Sebenarnya defiinisi yang telah ungkapkan oleh orang2 kafir adalah salah sama sekali, hijrah yang dilakukan bukanlah menunjukkan Rasulullah takut terhadap ancaman daripada orang2 kafir tetapi hijrah merupakan arahan daripada Allah SWT. Hijrah ataupun perubahan yang berlaku dapat dilihat apabila Rasulullah sebelum itu menjalankan dakwahnya di Mekah telah berpindah ke Madinah. Perubahan yang baik ini dapat dinilai dengan berkembangnya masyarakat yang menganut agama Islam pada masa itu. Oleh itu, dapatlah dijadikan kesimpulan bahawa perubahan adalah perlu dalam menjalani kehidupan. 

Namun diingatkan bahawa perubahan yang berlaku haruslah dikaji sama ada perubahan yang ingin dilakukan membawa kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Ingin rasanya berkongsi perubahan yang dilihat dan alhamdulillah semoga sahabat kita itu beristiqamah dalam melakukannya. Perubahan yang ditampilkan oleh 2 orang sahabat kita dapat dilihat pada semester yang lalu, perubahan pada pakaiannya menyebabkan semua tertanya2 apakah yang boleh menyebabkan mereka berubah. Walaubagaimana pun kita mesti yakin bahwa itulah hidayah dan petunjuk yang telah diberikan oleh Allah SWT terhadap mereka, kerana hidayah Allah SWT adalah hak daripadaNya dan sebagai hamba kita tidak boleh meragui dan membantahnya. Mula2 kelihatan seorang sahaja yang memperlihatkan perubahan kemudian diikuti pula dengan sahabatnya, betullah kata pepatah jika berkawan si penjual minyak wangi maka wangiannya yang bersama dan jika berkawan dengan si tukang besi maka busuknya yang terkena. Sejuk mata memandang mereka berdua, jika dulu mereka bertudung pendek dan memakai pakaian ketat tapi sekarang alhamdulillah mereka memakai tudung yang lebih besar dan lebih baik dari sebelum ini. Kelihatan juga mereka sentiasa ke surau untuk menunaikan solat berjemaah, jika tidak mendapat hidayah dari Allah SWT tidak mungkin berlakunya perubahan sedemikian. Kita sama2 doakan semoga sahabat kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik serta mendapat rahmat dariNya. 

Perubahan juga berlaku terhadap ku pada semester baru ni, jika sebelum ini ku ditempatkan di blok B kini berpindah ke blok E. Pada permulaannya terasa juga marahnya kerana ku terpaksa mengangkut barang2 dari blok lama, jauh untuk ke cafe malahan rumah yang baru ni juga menyebabkan ku terasa seperti dalam kurungan mana tidaknya tingkap dan beranda rumah tidak dapat dibuka kerana blok yang baru berhampiran dengan blok lelaki. Tetapi kita harus yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah blok ni berhampiran dengan surau, azan berkumandang sentiasa menghinggapi teliga. Bersyukur juga pada subuh tadi tergerak hati ku untuk menunaikan solat subuh berjemaah di surau, insyaAllah semoga Allah SWT memudahkan segala urusan ku dan sentiasa memberikan ku petunjuk ke jalan yang lebih baik.. Amin..

No comments:

Post a Comment