Sunday, September 11, 2011

Pertemuan..

      Perkenalan dengannya hampir setahun, sungguh cepat masa berlalu terasa baru semalam mengenali dirinya. Pertemuan yang tidak diduga tapi itulah hakikatnya, hidup mati, jodoh pertemuan semuanya adalah yang telah diatur oleh Yang Maha Esa. Kita manusia biasa tidak boleh melebihi apa yang telah ditetapkan olehNya, cukup bersyukur keatas kurnian yang diberikan. Menyayangi seseorang tidak boleh melampaui, cukup la sekadar sahaja. Setiap pertemuan ada perpisahan mungkin sebab itu ku rasa tidak patut menyayangi seseorang sehingga memberi kesan yang mendalam pada diri. Cukuplah hanya berdoa jika dia yang telah ditetapkan untuk kita atau sebaliknya. 



Cerita kawan2 membuatkan ku lebih yakin dengan kuasa Yang Maha Esa. Jika kawan ku yang dahulu single tanpa diduga menghantar pesanan untuk hadir ke majlis perkahwinannya. Manakala kawan ku yang dulu sedang bahagia dengan temannya tiba-tiba putus, kita tidak dapat menjangka perkara yang akan datang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, manusia hanya merancang tuhan yang menetapkan segala-galanya. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberi kerahmatan dariNya.  

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya, mungkin saja dia akan menjadi orang yang
kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kamu benci itu sekedarnya,
barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.




No comments:

Post a Comment