Sunday, September 11, 2011

Pengantin Oh Pengantin..

8 September yang lalu tanpa dijangka dapat ku bertemu dengan kawan2 sekolah menengah, sudah terlalu lama rasanya ku tidak bersama-sama mereka. Pertemuan kali ini memberi noktah kenangan yang lucu membuatkan ku tersenyum sendiri apabila mengenangkannya.
      Kawan2 bagitahu nak pergi kenduri rumah kawan lama, apa lagi ku pun mestila teringin nak ikut juga. Janji punya janji pukul 1 tengahari kami semua berkumpul di tempat yang dirancang. Ingatkan boleh terus gerak, tapi tak cukup kenderaan pula. Bincang punya bincang ku jaga yang kena pandu kereta, kalau cakap tak berani nak drive nanti tak dapat ikut pula terpaksalah ku buat2 cam berani. Sampai rumah pengantin cam biasa kami dijemput untuk menjamu selera, setelah semua siap makan ku dan kawan2 menuju ke bilik pengantin, teringin juga untuk menjenguk suasana perhiasan yang ada dibilik pengantin. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa terlalu banyak cerita yang perlu dikongsi bersama, ada juga kawan2 yang mengusik2 dengan menentukan giliran majlis selepas ini, ku hanya terdiam agak kurang berminat untuk masuk campur bab tu. 
    Setelah lama bersembang dan jam hampir menunjukkan 3 petang, ku dan kawan2 meminta diri untuk pulang, tapi sebelum tu semua sibuk nak bergambar dengan pengatin katanya nanti dapat buat kenangan. Semuanya tersusun indah bersama pengantin diatas katil pengantin. Kawan2 tidak cukup sekali meminta untuk sekali lagi, dalam keadaan bersedia dan semua menynjukkan senyuman masing2 tiba-tiba... praaapp.. bunyi yang tidak disangka2 dari bawah katil. Semua bangun dalam keadaan terkejut... haa... patah..jerit salah seorang kawan ku.. pe lagi semua orang panik bercampur dengan gelak memenuhi ruang bilik. Cepat.. Cepat.. ambil batu bata jerit seorang kawan, setelah selesai baiki mana yang patut semua sambung gelak, tak sangka boleh patah katil pengantin.. Nasib baik pengantin lelaki belum sampai kalau tak, tak tahu macamana.. Walaubagaimana pun ku harap kedua2 pengantin berbahagia sehingga keakhir hayat... InsyaAllah.. 

No comments:

Post a Comment