Tuesday, September 6, 2011

Nasihat Untuk Si Hati Kecil

        
      Manusia inginkan kesempurnaan.. begitu juga si hati kecil ini.. tidak ada seorang pun yang inginkan kekurangan namun kita perlu muhasabah diri apakah kita layak menerima kesempurnaan yang bukan milik kita. Bila hati kecil ini melihat orang lain memiliki kemewahan terasa ingin memiliki sepertinya juga, nasihat pada si hati jika kemewahan yang ada sekarang lebih berkurangan jika dibandingkan dengan orang yang lebih bernasib baik si hati perlu ucapkan Alhamdulillah kerana si hati lebih baik jika dibandingkan dengan orang yang serba kekurangan. Apabila si hati melihat orang lain dalam keadaan gembira kerana ada yang menyayanginya si hati juga mahu begitu.. Katakan pada si hati, kasih sayang yang tidak mungkin akan berkurangan kepada si hati apabila si hati sentiasa menyayangiNya. Si hati perlu tahu kasih sayang manusia sentiasa berubah dan sentiasa ada pasang surutnya seperti ombak yang membasahi pantai. Namun jika si hati sentiasa mengingati dan merindui kasih sayang dariNya ia sentiasa akan ada bersama si hati. 

      Si hati melihat seorang yang cantik paras rupa dan manis senyumannya, si hati berbisik alangkah bagusnya jika aku juga begitu. Bicara pada si hati bersyukurlah dengan kejadian yang telah dianugerahkan. Jika si hati membanding-bandingkan kecantikan dengan orang lain si hati tidak akan cukup.. si hati perlu yakin bahawa apa yang pada si hati adalah yang terbaik untuk si hati. Si hati adalah lebih baik jika dibandingkan dengan orang yang mempunyai kekurangan. 

Si hati... kamu harus menyedari bahawa nikmat yang paling besar yang kamu perolehi ialah Iman. Jagalah ia sesungguhnya ia akan menjaga mu di akhirat nanti. Kekayaan, kebahagian, kecantikan dan sebagainya akan datang dan pergi meninggalkan mu tanpa kamu menyedari.. Berdoalah wahai si hati agar diberi nikmat kesihatan dan masa lapang kerana itu akan menguji setiap apa yang akan kamu lakukan.   

No comments:

Post a Comment