Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur terhadap diri ini, bersyukur setiap nafas yang diberikan serta rezeki yang tidak putus2 daripada Allah taala...
Semenjak 2... 3 hari ni terasa sedih pula.. apa agaknya yang membimbangkan diri ini?? Wujudkah orang yang tidak pernah mempunyai perasaan sedih?
Tapi bila ku fikir sejenak alangkah bagus juga memiliki perasaan sedih.. sekurang2nya kita merasakan diri kita telah melakukan kesilapan dan hanya pada-Nya kita memohon kemaafan... Andainya kita tidak pernah berduka dan hanya hidup dalam kegembiraan maka kita akan lalai daripada mengingatinya..
Sedangkan Rasulullah sendiri sentiasa menerima ujian daripada-Nya.. Apatah lagi diri manusia biasa yang sentiasa lemah..
Sebagai amalan untuk diamalkan ketika dalam kesusahan atau kesedihan kita boleh mengamalkan bacaan yang telah dulu dibaca oleh Nabi Yunus ketika terperangkap dalam perut ikan paus..
Sabda Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Haa-kim: Mahukah aku beritahukan kepada kamu dengan sesuatu yang apabila seseorang dari kalangan kamu di timpa kepayahan (sedih, derita) atau di timpa bala dari bala-bala dunia lalu ia berdoa dengannya akan dihilangkan darinya (kepayahan dan bala)? Dikatakan kepada Nabi SAW: Bahkan mahu (wahai Rasulullah): Sabda Nabi SAW: Doa Nabi Yunus:
َلا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim.
Semoga diri ini sentiasa tabah menghadapi segala ujian yang diberikan Oleh-Nya.. Kekuatan luaran dapat ditampung dengan kekuatan hatinya, dan kekuatan hati akan diperolehi dengan dekatnya kepada pencipta-Nya..